Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan
Maha Penyayang.
Tinggal beberapa jam lagi untuk menanti PRU-13, dan tinggal beberapa hari lagi untuk final exam. Pasrah, letih, dan tawakkal – itulah nada gelojak jiwa yang sedang bermain di hati.
Dan selama itu juga ku rasakan bahawa proses pemerintahan Demokrasi itu kejam, zalim dan penuh dengan teori konspirasi yang mementingkan kuasa melebihi segala-galanya.
Dengan fahaman sempit masyarakat kita, tidak kira agamawan, bangsawan atau ahli politik, semuanya bermain sentimen emosi. Tapi yang jelas, hanya kelompok ilmuan yang sejati yang berlepas diri daripada fitnah demokrasi.
Eloklah ku huraikan seberapa ringkas mengapa demokrasi itu kejam. Dan kenapa kita dalam nada keterpaksaan memilih untuk memerintah Negara secara demokrasi.

Demokrasi itu Suatu Kezaliman
Yang pertama, masyarakat perlu akur dan
insaf bahawa sistem demokrasi itu bukalah ajaran Islam yang dibawa. Kuasa
diberikan atas nama majoriti. Dan setiap kuasa itu diletakkan pada calon yang
dirasakan berwibawa dan bersih dari sebarang bentuk kejahatan, MENGIKUT
pemahaman masyarakat dan bentuk pemikiran mereka. Seadainya masyarakat itu
KELIRU, maka pilihan mereka juga ada KEKELIRUAN. Sekiranya masyarakat itu
BERILMU dan cerdik pandai, maka calon pilihan mereka sudah tentu daripada
golongan yang BERILMU.
Dengan slogan perubahan yang hendak dibawa, ramai yang masih jahil meletakkan ukuran perubahan pada skala pentadbiran dan polisi Negara. Sedangkan perihal kesejahteraan, kebahagian, dan ketenangan sesebuah masyarakat harus bermula dari akar umbi. Dan inilah yang perlu DIROBAH. Masyarakat harus sedar bahawa dalam proses demokrasi, KUASA itu adalah matlamatnya. Dan perubahan itu bersifat sementara kerana sistem pemilihan tampuk kepimpinan boleh bertukar setiap 5 tahun sekali.
Pada asasnya, Islam menyeru kita mengenal pasti akar permasalahan sesuatu kelemahan, dan berusaha menyelesaikannya, bukan hanya mengenal pasti perkara-perkara ranting. Kerana akar itu adalah ibu sesuatu masalah, dan masalah tidak akan selesai seandainya kita memberi fokus pada perkara-perkara ranting.
Ramai beranggapan bahawa, kita perlukan KUASA untuk MERUBAH. Andaian ini hanya berlaku pada mereka yang taasub dan fanatik pada slogan perubahan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang patut dirubah.

Dalam hal lain, sistem demokrasi itu juga
meletakkan bahawa kuasa majoriti memainkan peranan dalam memastikan kestabilan
Negara. Hal ini dilihat agak membimbangkan kerana dengan daya taakul yang lemah
serta kejahilan dan kekeliruan masyarakat melayu Islam khususnya dalam
pandangan alam Islam, kita mudah didoktrin dan dipengaruhi untuk menerima
sesuatu yang bukan berasaskan pandangan alam yang sebenar. Kesannya, proses
demokrasi itu hanya membuka ruang untuk anasi-anasir luar menyerap masuk
melalui perang saraf dan menimbulkan kekeliruan terhadap pengaruh Kuasa dalam
aspek perubahan.
Demokrasi yang disalahfahamkan.
Satu hal yang wajar kita ketahui adalah, proses demokrasi adalah proses memilih pemimpin berdasarkan suara-suara rakyat. Justeru, rakyat itu adalah hakim, yang boleh menentukan siapa pemimpin yang mereka kehendaki. Seandainya pandangan alam mereka dicemari dengan doktrin-doktrin sempit, dan dihasut untuk membenci kerajaan yang ada, kesannya, akan lahirlah dalam kalangan masyarakat pemimpin yang sifatnya bukan untuk membela rakyat tapi untuk merebut kuasa.
Persoalannya, adakah Negara akan lebih maju dan terus makmur seadainya masyarakat dididik dengan doktrin yang kotor. Proses pemilihan kepimpinan Negara hanya berlaku 5 tahun sekali. Dan proses pemerintahan kerajaan selama 5 tahun itu tidak lama, setiap benda sama ada baik atau buruk boleh berlaku. Dan dibimbangi apakah pemimpin yang dipilih itu benar-benar mempunyai kredibiliti untuk memimpin masyarakat?
Sememangnya, demokrasi itu juga adalah satu
bentuk fahaman yang beranggapan rakyat berhak menentukan calon pemimpin mereka
sendiri. Seperti baju, kalau baju itu lusuh, maka ditukarnya baju kepada baju
baru. Tapi kalau baju itu kekal elok, disimpannya baju sehingga sampai masanya
untuk bertukar.Satu hal yang wajar kita ketahui adalah, proses demokrasi adalah proses memilih pemimpin berdasarkan suara-suara rakyat. Justeru, rakyat itu adalah hakim, yang boleh menentukan siapa pemimpin yang mereka kehendaki. Seandainya pandangan alam mereka dicemari dengan doktrin-doktrin sempit, dan dihasut untuk membenci kerajaan yang ada, kesannya, akan lahirlah dalam kalangan masyarakat pemimpin yang sifatnya bukan untuk membela rakyat tapi untuk merebut kuasa.
Persoalannya, adakah Negara akan lebih maju dan terus makmur seadainya masyarakat dididik dengan doktrin yang kotor. Proses pemilihan kepimpinan Negara hanya berlaku 5 tahun sekali. Dan proses pemerintahan kerajaan selama 5 tahun itu tidak lama, setiap benda sama ada baik atau buruk boleh berlaku. Dan dibimbangi apakah pemimpin yang dipilih itu benar-benar mempunyai kredibiliti untuk memimpin masyarakat?
Dalam hal ini, elok kita renungi sebuah kata-kata sinis oleh matan Perdana Menteri bila ditanya oleh wartawan barat apakah beliau seorang democrat? Dan apakah beliau bersetuju dengan proses demokrasi. Dijawabnya secara sinis, “If you see, the greatest civilization in human history,they don’t apply democracy in their governing, yet they become great. And do you expect that democracy will work for all the countries in the world?”
Dalam hal ini jelas, sistem demokrasi juga ada kelemahannya. Berbanding Negara lain, Malaysia adalah satu-satunya Negara yang mempunyai kaum dan bangsa yang majmuk. Dan sehingga kini, kita masih mampu mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam Negara. Kerana apa? Kerana sistem demokrasi yang diamalkan bukan seratus peratus mengikut idea asal barat tapi diolah dan diubah gayanya dengan kajian dan ijtihad para bijak pandai.
Disinilah, kita sekali lagi akur, bahawa, dalam demokrasi, perihal hal kebebasan masih ada hadnya. Dalam satu sisi, setiap perkara yang dilakukan ada kawalan dan batasannya. Seandainya had-had ini dilampaui, dikhuatiri kita gagal mencapai kata sepakat, dan akhirnya kita tidak mampu wujud sebagai sebuah masyarat majmuk yang berbilang bangsa.
No comments:
Post a Comment