Selamat kembali ke dimensi baru buat Hazabe
Al-Kelantani.
Welcome back to the new dimension, Hazabe Al-Kelantani.
Assalammualaikum wrt.

Puji-pujian dan syukur dirafa’kan ke hadrat
Allah SWT, Yang Maha Esa dan selawat serta salam buat Kekasih junjungan Ummat
dan Pembawa risalah kebenaran, Sayyidina Muhammad SAW, di atas ni’mat iman dan
Islam serta ni’mat kehidupan sebagai umat baginda Rasulullah SAW yang tinggi
kedudukannya berbanding ummat-ummat terdahulu.
Dan aku bertawassul di atas kemuliaan kedudukan Baginda Rasulullah SAW supaya Allah mempermudahkan jalan penulisan ini sebagai landasan perkongsian yang dapat memberi manfaat, menyegarkan pembaca dengan nur-Islam dan rasa mahabbah yang tinggi didalam aturan kehidupan. Semoga kita semua beroleh hidayah dan syafaat Rasulullah di penghujung jalan penceritaan.
Ku mulakan blog ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih dan selawat serta salam buat Baginda Rasulullah SAW.
Ku coretkan tinta untuk terus melakar dalam dimensi baru wajah pemikiranku. Barangkali ada yang bertanya, kenapa perlu menulis blog yang baru? Kenapa tidak diteruskan kesinambungan blog lama?
Jawabku, “ Aku memilih untuk memerhati, menganalisis dan menyimpulkan suatu penulisan yang matang, ilmiah dan bersifat neutral”.
Sebagaimana ku lakarkan didalam blog lama, dasar kehidupanku adalah Islam. Dan ku susuri jalan-jalan keilmuan, mencari dan mempelajari perihal Aqidah, Tauhid, Falsafah, Linguistik, dan Ekonomi demi membawa manfaat bersama.
Segala yang ditulis di blog ini adalah asli daripada diri ku yang kerdil. Dan apa yang ditulis adalah pendapat peribadi penulis tanpa penglibatan daripada pihak luar.
Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk aku terus istiqamah dalam penulisan. InshaAllah setiap minggu sekali, blog ini akan di ‘update’ demi mengajarkanku erti sifat disiplin dalam penyampaian ilmu. Akhir kata, “ yang baik dijadikan panduan, yang buruk dijadikan sempadan”.
Salam ukhuwah fillah.

Hazabe al-Kelantani.
No comments:
Post a Comment